Berita / Aktiviti

Aspirasi KKRU: Beyond 2030.

Aspirasi KKRU: Beyond 2030 pada hari ini telah diketengahkan sebagai teras hala tuju di bawah Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah (KKRU) dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur, utiliti dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, mampan serta berorientasikan rakyat.\r\n\r\nAspirasi tersebut telah dibentangkan oleh Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah, selaku ahli panel dalam SANKALPA SABAH 2026: Forum Pelaksanaan Strategik SMJ 2.0 – Forum 3 bertajuk “Synergy Infrastructure, Innovation, Service Delivery and Revenue Generation: Driving Sabah’s Urban and Rural Development” yang berlangsung di Sipadan Hall 1, Level 4, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.\r\n\r\nDalam sesi tersebut, empat teras utama Aspirasi KKRU: Beyond 2030 telah digariskan iaitu Operasi Pintar, Pembangunan Infrastruktur, Kelestarian serta Perkhidmatan dan Rakyat sebagai usaha memperkukuh komitmen KKRU untuk memperluas capaian perkhidmatan kepada rakyat, khususnya dalam memastikan pengurusan dan penyediaan sistem infrastruktur yang lebih cekap, seterusnya menyemarakkan usaha bersepadu dalam merealisasikan agenda Sabah Maju Jaya.\r\n\r\nMajlis perasmian SANKALPA SABAH 2026: Forum Pelaksanaan Strategik SMJ 2.0 disempurnakan oleh YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Antara intipati ucapan YB Setiausaha Kerajaan Negeri termasuklah penekanan kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), melaksana Reformasi Karenah Birokrasi (RKB), pelan strategik agensi yang jelas, pensijilan ISO dan Anti-Bribery Management System (ABMS) serta pelaksanaan Good Regulatory Practice (GRP).

Sesi Kunjungan Hormat YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah; ke Kementerian Kerja Raya dan Utiliti (KKRU) Sabah.

2 Julai 2026 / Khamis / Seri Lamag, KKRU\r\nSesi Kunjungan Hormat YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah; kepada YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti (KKRU) Sabah. \r\nKehadiran YB SKN disambut Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap KKRU; dan seterusnya menyampaikan taklimat kementerian kepada YB SKN.\r\nTurut hadir pada sesi taklimat, Datuk Dr. Ahemad Bin Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan); Datuk Norlija@Norlijah Binti Danin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah; Puan Aidah Awang, Timbalan Ketua Pengarah JPAN; Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah Jabatan di bawah KKRU; Ketua Pegawai Eksekutif SE, Ketua-Ketua Penolong Setiausaha; dan Pegawai-Pegawai Kementerian serta Jabatan/Agensi di bawah Kementerian.

𝐏𝐞𝐬𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡

Hari ini saya bersama isteri berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA.\r\n\r\nTurut hadir YAB DSP Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, barisan Kabinet Persekutuan dan Negeri, Huguan Siou Tan Sri DSP Joseph Pairin Datuk Kitingan, ketua-ketua jabatan, presiden-presiden persatuan etnik seluruh Sabah serta barisan Ahli Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026.\r\nDalam ucapan tadi, selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk perayaan, saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan sambutan Pesta Kaamatan tahun ini. \r\nSemangat kerjasama yang ditunjukkan mencerminkan kekuatan perpaduan rakyat Sabah yang sentiasa menghargai warisan budaya dan tradisi yang menjadi identiti negeri ini.\r\nSemoga semangat Kaamatan terus menjadi pemangkin kepada perpaduan, kemakmuran dan kemajuan negeri yang kita cintai ini.\r\n\r\nKotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan.

𝐓𝐮𝐧 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐬𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧

KOTA KINABALU, 26 Mei 2026 - Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman hari ini menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan di Istana Seri Kinabalu.\r\n\r\nTimbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam mengetuai rombongan jawatankuasa tersebut. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pesta Kaamatan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan.\r\n\r\nSemasa kunjungan hormat itu, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim menyampaikan undangan rasmi kepada Tun Musa untuk merasmikan Majlis Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang dijadual berlangsung pada 31 Mei ini di Bangunan KDCA, Penampang.

Arkib Berita / Aktiviti

Arkib Berita / Aktiviti menyediakan koleksi berita dan acara terdahulu untuk rujukan anda. Lihat perkembangan terkini dan aktiviti yang telah dijalankan dalam satu platform yang mudah diakses.

Pengumuman / Hebahan

Arkib Pengumuman / Hebahan

Lihat senarai pengumuman dan hebahan terkini serta yang lepas. Pautan ini menyediakan akses kepada maklumat penting yang telah diumumkan dari semasa ke semasa untuk rujukan anda.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga Tajuk Perolehan Tambahan Tarikh Tutup

Pautan Pantas

CodePen - partners logo slider