LEONARD DILANTIK TIMBALAN KPPAN, IR SAFRI SELAKU PENGARAH JKNS BAHARU

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Encik Leonard Stephen Poyong, Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah diatas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Terima kasih diatas segala jasa dan sumbangan selama berkhidmat bersama Jabatan dan Kementerian. Penghargaan Tahniah juga diucapkan kepada Encik IR. Mohammad Safri bin Abd Habi, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, JKR Sabah atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Keretapi Sabah yang baharu. Selamat bertugas diucapkan dan semoga terus maju jaya diucapkan

Program Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Sandakan Tahun 2024

Program Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Sandakan Tahun 2024 disempurnakan oleh YB Datuk Ir Shahelmey Bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya Sabah. Hadir sama YB Datuk Hj Hamsan Hj Awang Supain, Pembantu Menteri KKTP, YB Vivian Wong Shir Yee, Ahli Parlimen Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, Ketua Polis Daerah Sandakan, Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah KKRS, En Hassan Bin Mahali, Timbalan Setiausaha Tetap I KKRS, Pegawai Kementerian, Ketua -Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta pemimpin-pemimpin Masyarakat. Program yang diadakan bertempat di Stesyen Minyak Petronas, Batu 8 Jalan Lintas Labuk Sandakan adalah anjuran Unit Pengangkutan Awam, Kementerian Kerja Raya Sabah KKRS selaku urus setia Kempen Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Sabah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan, JPJ Negeri Sabah, PDRM, Agensi/Jabatan dibawah KKRS dan pihak berkuasa tempatan.

Kunjungan hormat JPJ Malaysia kepada SUT Kementerian Kerja Raya Sabah

Kunjungan hormat Tuan Ibrahim bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia kepada Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah. Rombongan JPJ turut disertai Hj Mohd Harris Bin Ali, Pengarah JPJ Sabah, Ketua-Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Pengurusan serta pegawai-pegawai. manakala KKRS pula dihadiri Tuan Hassan Mahali, TSUT I bersama Tuan Burhan Nuddin Mahmuddin, PSU Prasarana Awam.

YB TKM III/Menteri Kerja Raya Sabah sembah takzim ucapan setinggi tahniah kepada Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Daulat Tuanku. Sembah Takzim Daripada YB Datuk Ir Shahelmey Bin Yahya Timbalan Ketua Menteri III Menteri Kerja Raya Sabah serta seluruh warga Kementerian Kerja Raya Sabah dan Jabatan / Agensi dibawah Kementerian.

Pengurusan Unit Pengangkutan Awam Di Negeri Sabah

Sesi libat urus pengurusan pengangkutan awam di Negeri Sabah dipengerusikan Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah. Sesi perbincangan ini membabitkan Unit Pengangkutan Awam, KKRS dengan kehadiran Tuan Hassan Mahali, TSUT I dan Tuan Jasni Abu Suffyan Omar, TSUT II serta pegawai-pegawai Sektor Pengangkutan KKRS bersama-sama wakil agensi/jabatan berkaitan pengurusan pengangkutan awam seperti KKTP, DBKK, LPKP, Jab. Perancang Bandar, JKNS, dan JPDS. #WayFORWARD

Pembentangan Laporan Prestasi Projek Pembangunan agensi dibawah KKRS Bagi Tahun 2023

Pembentangan Laporan Prestasi Projek Pembangunan agensi dibawah Kementerian Kerja Raya Sabah Bagi Tahun 2023 kepada YB Datuk Ir Shahelmey Bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri Sabah III/Menteri Kerja Raya Sabah. Pembentangan turut dihadiri Pembantu Menteri I dan II, YB Datuk Robert Tawik dan YB Datuk Limus Jury beserta Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Datuk Ridhwan Roger Linus dan pegawai-pegawai Kementerian.

Program Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Natal dan musim cuti persekolahan di daerah Keningau

Program Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Natal dan musim cuti persekolahan di daerah Keningau disempurnakan oleh YB Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabh merangkap N40 Bingkor anjuran Unit Pengangkutan Awam, Kementerian Kerja Raya Sabah KKRS selaku Urusetia Kempen Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak berkuasa tempatan

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Menteri Sabah / Menteri Kerja Raya Sabah YB Datuk Ir Shahelmy Bin Yahya ke @Ranhill SAJ di Johor Bahru

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Menteri Sabah / Menteri Kerja Raya Sabah YB Datuk Ir Shahelmy Bin Yahya diiringi Setiuasaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah KKRS, YBhg Datuk Mohd Hanafiah Bin Mohd Kassim bersama delegasi KKRS ke @Ranhill SAJ di Johor Bahru bagi melihat sendiri pengurusan air di Johor Bahru. Pada hari pertama, jadual dimulakan dengan lawatan ke pejabat Ranhill SAJ bagi mendengar taklimat pengurusan air oleh Ranhill SAJ dan lawatan ke Command Centre. Jadual kerja diteruskan pada hari kedua dengan melawat makmal pusat Ranhill SAJ, Pejabat Agensi, meninjau Loji Rawatan Air Sultan Iskandar dan empangan air Upper Layang di Pasir Gudang. Pada hari terakhir, aktiviti dimulakan dengan melihat sendiri kerja di lapangan oleh pasukan RWS yang memantau kerja-kerja pengagihan air kepada pengguna melalui DMA mereka dan melihat empangan Sultan Iskandar yang telah berusia 99 tahun pada tahun ini. Semoga segala perkongsian yang diperolehi sepanjang lawatan ini akan dapat membantu JANS dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka. Terima kasih kepada pihak Ranhill SAJ yang telah sudi menerima lawatan kerja kami.