PROFIL
VISI, MISI OBJEKTIF & FUNGSI
Visi
Menjadi penggerak utama dalam penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam di Negeri Sabah.
Misi
Mengurus pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam yang merangkumi:
- Rangkaian jalanraya yang efisien, ekonomik dan selamat;
- Perkhidmatan keretapi yang selesa, selamat dan boleh diharap;
- Penyediaan pembentungan yang sesuai dan mesra alam;
- Pembekalan air terawat yang selamat dan terjamin ke seluruh negeri Sabah;
- Kemudahan pelabuhan dan dermaga yang moden dan cekap; dan
- Penyediaan bangunan institusi awam yang selamat dan mencukupi.
Tanggungjawab
Fungsi utama Kementerian ini adalah seperti berikut:-
- Memberi keutamaan kepada penyediaan rangkaian jalanraya yang mencukupi dan selamat digunakan;
- Menyediakan dan menyelenggara perkhidmatan keretapi;
- Menyediakan, membangunkan dan menaik taraf kemudahan-kemudahan pelabuhan;
- Meningkatkan penyediaan bekalan air terawat yang secukupnya ke seluruh Negeri Sabah;
- Menyediakan sistem pembentungan yang terancang dan sistematik; dan
- Mentadbir dan menyelaras aktiviti & fungsi jabatan serta agensi di bawah Kementerian ini
Dasar
Memperkasa pembangunan infrastruktur dengan menumpu kepada perluasan rangkaian ke kawasan kurang membangun dan pusat-pusat pertumbuhan, serta peningkatan keupayaan melalui sistem penyampaian yang cekap bagi menyokong pembangunan sosial dan kemajuan ekonomi negeri.
Objektif
Mengurus pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan yang merangkumi jalan raya, rel, pembentungan, bekalan air, bangunan, kemudahan pelabuhan & dermaga untuk memenuhi keperluan pembangunan sosial & ekonomi negeri secara keseluruhan.
Moto
Nadi Pembangunan Infrastruktur