PROFIL

PERUTUSAN MENTERI KKRS

YB DATO' SRI BUNG MOKTAR RADIN
Menteri Kerja Raya Sabah

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KEMENTERIAN KERJA RAYA SABAH

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin Nya, saya telah diberikan mandat dan tanggungjawab yang besar melalui Kerajaan Negeri hari ini sebagai nakhoda dalam menerajui Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah. Saya mengambil perhatian bahawa secara keseluruhannya, negeri Sabah masih lagi ketinggalan dari segi pembangunan kemudahan infrastruktur awam dan fizikal berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Maka selaras dengan ‘Aku janji’ Kerajaan Negeri Sabah yang baharu ini akan terus berusaha serta beriltizam memfokus kepada penambahbaikan kemudahan infrastuktur dan meningkatkan capaian kemudahan asas. Hal ini adalah sangat penting sebagai pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negeri ke tahap lebih tinggi demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di Sabah pada keseluruhannya.

Bertepatan dengan agenda yang digariskan, kerajaan yang ada pada hari ini akan berusaha memperbanyakkan pembinaan jalan luar bandar baharu serta menaiktaraf jalan luar bandar yang sedia ada. Projek Pan Borneo (lebuhraya tanpa tol) akan diteruskan dan dipercepatkan pembinaan yang pada ketika ini jauh ketinggalan dari segi kemajuan berbanding dengan pembinaan di negeri Sarawak. Selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan serta pembaikan jalan, cerun serta jambatan akan diteruskan secara konsisten. Kementerian juga turut menitikberatkan perancangan dan pengurusan air kumbahan melalui penyediaan sistem pembentungan yang cekap serta mesra alam. Bagi perkhidmatan keretapi, Kerajaan Negeri Sabah akan meningkatkan kesaling hubungan dengan menaiktaraf jajaran keretapi yang sedia ada dan mempertimbangkan pembinaan jajaran baru. Keutamaan rakyat akan terus
diperkasa dan diperjuangkan melalui pemberian komitmen dan keutamaan kepada pembekalan kemudahan elektrik dan air bersih terawat ke seluruh negeri Sabah. Langkah-langkah menangani masalah bekalan yang sedia ada ditanggung oleh rakyat akan diminimakan selain mempertingkatkan liputan serta capaian bekalan.

Pemerkasaan pertumbuhan ekonomi yang lestari serta berdaya saing adalah fokus utama kerajaan, Pelabuhan Sepanggar akan dijadikan sebagai hab pemindahan muatan ‘transshipment’ yang seterusnya akan melonjakkan industri logistik di negeri Sabah selain memperhebat fungsi pelabuhanpelabuhan yang lain.

Sama-samalah kita berdoa agar Kerajaan kita pada hari ini melalui Kementerian Kerja Raya mampu berusaha keras dalam memastikan setiap perancangan akan dapat memberikan kebaikan kepada seluruh rakyat Sabah. Saya doakan yang terbaik untuk kita semua rakyat Sabah!

Dato’ Sri Bung Moktar Radin
Timbalan Ketua Menteri 1
Menteri Kerja Raya

Image

Kementerian Kerja Raya Sabah
Tingkat 7, Bangunan KKR/JKR,
Jalan Sembulan, Beg Berkunci No.2036
88999 Kota Kinabalu
Tel: 088-255999   |   Web: www.kkrs.sabah.gov.my

PENAFIAN : Pentadbir laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.
Tarikh Kemaskini: 19/5/2020
Jumlah Pelawat123656