PROFIL
PERUTUSAN SUT KKRS
MOHD JASMIN BIN JULPIN
Setiausaha Tetap
Kementerian Kerja Raya Sabah
Setiausaha Tetap
Kementerian Kerja Raya Sabah
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KEMENTERIAN KERJA RAYA SABAH
Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat melayari portal rasmi Kementerian Kerja Raya Sabah.
Sejak penubuhannya pada 21hb September 1963, Kementerian Kerja Raya Sabah adalah sebuah agensi kerajaan negeri yang menjadi pemangkin utama dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di negeri Sabah.
Portal KKRS yang baharu ini adalah hasil daya usaha dan komitmen semua AJK ICT yang terlibat dalam misi merealisasikan matlamat kerajaan elektronik didalam menyampaikan perkidmatan yang berkualiti dan tepat.
Akhir kata saya berharap agar portal ini mampu menjadi wadah penyebar informasi yang efisyen untuk semua pengguna.
Sekian, terima kasih.